Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 31, 2012

Pembayaran pencen Perkeso pada 14 Ogos


KUALA LUMPUR - Pembayaran pencen kepada penerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada
14 Ogos sempena sambutan Aidilfitri.
Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk K. Selvarajah berkata, bagi penerima yang menerima bayaran melalui waran, mereka boleh tunaikannya pada tarikh sama.
Sekiranya penerima belum menerima sebarang bayaran pada tarikh itu, mereka dinasihatkan menghubungi Unit Waran, Bahagian Perbendaharaan Ibu Pejabat Perkeso di talian 03-42645242/5244/5260/5261/5262/5272/5237/5515, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive