Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Video CCTV Kemalangan Motorsikal di KM5.8 Lebuhraya DUKE


Kemalangan sebuah motorsikal di KM5.8 DUKE di bahagian selekoh lebuhraya. Kemalangan yang berlaku pada Febuari 2011ni terjadi dengan sendiri di mana secara tiba-tiba motorsikal itu bergoyang dan terus
terjatuh di atas jalanraya. Tiada kemalangan maut atau kecederaan yang teruk. Tapi video kemalangan motorsikal ini amat penting bagi kita untuk belajar supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Satu lagi yang boleh kita tekankan di sini ialah kesedaran pengguna jalan raya yang lain. Apabila melihat kemalangan berlaku di depan mata, bukan nak berhenti memberi bantuan atau buat sekurang-kurangnya membuat traffic control, tapi semua berlalu begitu sahaja sehinggalah seorang hamba Allah dari kereta Wira hitam datang membantu. Teruk sangat ke akhlak umat Islam di Malaysia ni? Bantu membantu kan amalan kita, tapi jangan la pergi membantu sehingga keselamatan kita pula terjaga ye. Beringat sikit. Korang boleh tengok video kemalangan motorsikal ni di bawah. P/S: Hari demi hari, detik demi detik, sedarkah kita yang kita sentiasa menghampiri kematian. Nak lari memang tak boleh. Jadi, persiapkan lah diri kita dengan sebaiknya. Jangan menyesal di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive