Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Tukang jahit parah ditembak senjata buatan sendiri

Mangsa cedera parah diperut selepas ditembak dari jarak dekat.


KULIM - Seorang lelaki yang merupakan pengusaha kedai jahit berusia 67 tahun, cedera parah di bahagian perut kerana ditembak tiga lelaki dari jarak dekat di pekan Kulim, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedainya setelah isteri dan cucunya keluar untuk makan tengah hari. Menurutnya, mangsa didatangi tiga lelaki sebelum memaksa
mangsa menyerahkan wang.

“Mangsa bagaimanapun enggan berbuat demikian. Tindakan mangsa membuatkan seorang daripada suspek tidak puas hati dan melepaskan tembakan pada perut mangsa.

“Siasatan awal dijalankan polis mendapati senjata digunakan suspek adalah senjata buatan sendiri dan menggunakan peluru penabur,” katanya.

Ghuzlan berkata, ini merupakan kejadian pertama di Kulim di mana mangsa ditembak dalam kejadian samun.

Mangsa yang mengalami kecederaan mendapat bantuan dari ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk menjalani pembedahan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Kes ini akan disiasat dibawah seksyen 395/396 kerana melakukan samun bersenjata,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim ketika ditemui di pekarangan Hospital Kulim berkata, doktor sedang berusaha mengeluarkan peluru penabur yang mengenai bahagian perut mangsa.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive