Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 31, 2012

Taktik maut - Sorok mercun dalam enjin kereta




\PENGKALAN HULU - Cubaan tiga individu menyeludup mercun dan bunga api dengan menyorokkannya ke dalam bahagian enjin kereta gagal setelah ditahan Polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Jalan Pengkalan Hulu Betong 22 Julai lalu.


Mercun dan bunga api pelbagai jenis seberat 50 kilogram itu dipercayai
dibeli dari Betong, Thailand sebelum dijual ke pasaran tempatan di sini.
Ketua Polis Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Anuar Omar berkata, mercun dan bunga api terbabit diletakkan di dalam enjin kenderaan itu untuk mengaburi mata penguatkuasa.

“Penyeludupan mercun dari Thailand semakin menjadi-jadi terutama ketika musim perayaan.

“Sehubungan itu, pihak tertentu sanggup melakukan apa sahaja termasuk membahayakan nyawa mereka semata-mata untuk menyeludup benda terlarang itu,” katanya.
Menurutnya, pihaknya terlebih dahulu mengetahui taktik yang sering digunakan oleh penyeludup yang terdesak untuk mendapatkan keuntungan lebih.

“Sebarang percikan api di dalam enjin itu boleh membawa padah berikutan terdapat beberapa bunga api dan mercun yang mudah terbakar.
“Malah ada yang jenis menghasilkan letupan yang kuat,” katanya.

Anuar berkata, penyeludup dipercayai akan menjual mercun kepada pemborong ataupun menjual secara terus kepada pembeli.

“Penjualan itu wujud disebabkan adanya permintaan. Justeru, ibu bapa khususnya tidak dibenarkan membeli mercun buat anak-anak mereka.

“Hukuman dan denda bukan sahaja dikenakan kepada penjual, malah ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka bermain mercun juga bakal dikenakan tindakan mengikut akta yang telah ditetapkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive