SHAH ALAM - Pakatan Rakyat yang mempertikaikan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, yang diumumkan Kerajaan Pusat awal bulan ini, akan mengumumkan tema alternatif esok.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa yang dibentuk PR untuk memilih tema alternatif akan membuat keputusan muktamad esok.
"Jawatankuasa empat pemimpin PR akan membuat
keputusan akhir esok dan akan mengumumkan kemungkinan tengah hari esok... kami akan mencadangkan kepada kerajaan tema yang kami pilih," kata beliau ketika dihubungi.Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa yang dibentuk PR untuk memilih tema alternatif akan membuat keputusan muktamad esok.
"Jawatankuasa empat pemimpin PR akan membuat
Menurut beliau, pihaknya telah menerima 250 cadangan sejak pihaknya membuka kepada umum minggu lalu.
Pada 27 Julai lalu, PR mempelawa orang ramai agar mengemukakan cadangan tema alternatif.
Langkah ini diumumkan tiga hari selepas PR membuat pendirian rasmi menggesa kerajaan menukar tema kali ini "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
No comments:
Post a Comment