Pengikut Boyzzonne

Friday, August 3, 2012

Kereta terbakar: 2 lelaki hilang, wanita diberkas

Keadaan kereta Proton Waja yang hangus selepas melanggar tiang elektrik di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Polis menahan seorang wanita manakala dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes-kes jenayah berjaya meloloskan diri selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terbakar ketika
mengelak daripada diperiksa polis di Jalan Pasir Mas-Salor di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian pada pukul 2 pagi, sepasukan polis terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan.
Menurut beliau, polis cuba menahan kereta itu untuk diperiksa namun pemandu kereta tersebut memecut laju menghala ke Pasir Mas.
“Bagaimanapun, polis berjaya memintas kereta tersebut di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas.
“Ketika polis memperkenalkan diri, pemandu kereta tersebut terus dipecut laju dan hampir melanggar anggota polis tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive