Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 31, 2012

Ibu penulis blog Vietnam bakar diri protes kerajaan

Ta Phong Tan

HO CHI MINH CITY - Ibu kepada seorang penulis blog, yang memprotes tindakan kerajaan menahan anaknya, mati selepas membakar dirinya di hadapan sebuah pejabat kerajaan di sini semalam.

Beliau memprotes terhadap penahanan anak perempuannya, Ta Phong Tan, yang menghadapi tuduhan menyebarkan propaganda antikerajaan, kata seorang lagi anaknya kepada BBC Vietnam.

Laporan itu menyebut bahawa Dang Thi Kim Lieng telah pergi seorang diri wilayah selatan Wilayah Bac Lieu.

Anak perempuannya, 43, dibicarakan pada bulan Ogos lalu dan boleh dipenjara selama 20 tahun.

Dang Thi Kim Lieng

Kim Lieng pergi ke bangunan kerajaan yang terletak di Bac Lieu secara bersendirian, tanpa memberitahu sesiapa, katanya.

Pihak polis tidak membuat sebarang komen. Tetapi aktivis dan peguam berkata dia mati sejurus dibawa polis ke hospital di Ho Chi Minh City.

Beliau amat bimbang dengan nasib anak perempuannya itu, yang tidak dapat dilihat sejak ditahan pada Sepetember lalu.

Phong Tan telah ditangkap oleh pihak berkuasa bersama beberapa penulis blog lain, yang juga dituduh menghasut untuk kebebasan media dan sedikit toleransi.

Beliau seorang bekas anggota polis telah membuat laporan ke atas polis yang telah menyalahgunakan kuasa.

Polis mengecam penulisan beliau sebagai bahaya dan didakwa  mengecam pihak komunis dan negeri.

Phong Tan telah menghasilkan sebilangan besar artikel dalam Free Journalists Club, yang telah diharamkan, untuk mengkritik kerajaan.

Beliau menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Beliau menunggu untuk dibicarakan bersama penulis lain, Phan Thanh Ha, yang menulis tentang pelbagai isu sensitif, termasuk pertikaian dengan China ke atas sempadan maritim, tuduhan rasuah dan kajian terhadap penentangan terkenal.

Human Rights Watch menuduh kerajaan Vietnam menindas rakyat dengan menahan puluhan aktivis.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive