Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 1, 2012

Indonesia 'eksport' jerebu lagi


KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di beberapa kawasan di seluruh negara menjadi semakin buruk semalam dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pelabuhan Klang mencatat bacaan 109 iaitu pada tahap tidak sihat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mashitah Darus berkata, bacaan IPU dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara yang
direkodkan semalam bagaimanapun mencatatkan 36 kawasan berada pada tahap sederhana manakala 14 kawasan berada pada tahap baik.
“Kami dapati tiada pembakaran terbuka berlaku dalam negara dan tidak menolak punca utama masalah jerebu yang melanda dipengaruhi oleh angin Monsun Barat Daya.
“Ia bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera, Indonesia sehingga menyebabkan kemerosotan kualiti udara di kawasan pantai barat Semenanjung terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive