Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 31, 2012

Hadiah RM15,000 jika kibar bendera

SUBANG JAYA – Hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan hampir RM15,000 menanti orang ramai yang tinggal di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang yang dianjurkan.

Dalam kempen itu, orang ramai hanya perlu
menggantung Jalur Gemilang bersaiz seragam 3’ x 6’ dan menghantar maklumat premis melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada MPSJ dengan kaedah menaip JomkibarNama<*>Alamat Premis dan hantar ke 39111.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, kempen dengan slogan '1 Premis 1 Bendera' bermula pada 1 Ogos hingga 16 September 2012.
Menurutnya, ia sebagai salah satu galakkan supaya orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing–masing.

Katanya, setiap SMS dihantar akan dicaj sebanyak 50 sen dan sebagai pengesahan pendaftaran, peserta akan menerima SMS balas daripada nombor 39111.

“MPSJ turut menggalakkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) untuk turut sama memeriahkan kempen dengan memilih satu taman perumahan di kawasan mereka untuk dipertandingkan dan penduduk di taman perumahan tersebut perlu memasang Jalur Gemilang di kediaman masing–masing.

“Hadiah akan diberi dalam bentuk geran pembangunan dimana johan akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000, naib johan RM2,000 dan tempat ketiga akan menerima sebanyak RM1,000,” katanya tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive