Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Saman Selepas Ditangkap Kerana Berbulu Kaki


Kanada – Sekumpulan wanita menyaman pasukan polis di Toronto yang didakwa menggunakan alasan berbulu kaki untuk menahan mereka semasa wanita berkenaan menyertai tunjuk perasaan ketika sidang kemuncak negara G20 diadakan, dua tahun lalu.
Mereka mengemukakan saman sebanyak $1.4 juta.
Menurut salah seorang plaintif, Alicia Ridge, mereka juga telah
diperiksa oleh anggota polis lelaki secara kasar.
`Ia merupakan pemeriksaan yang paling teruk dan ketika mereka memeriksa kami, terdapat banyak komen berbaur seks dikeluarkan,’’ katanya.
Dalam pada itu, peguamnya, Davin Charney, berkata, ketika pemeriksaan itu dilakukan, anggota polis berkenaan dilaporkan berkata `cukur kaki awak,’’.
“Ini menunjukkan polis tidak mempedulikan hak-hak orang awam dan melabelkan personaliti mereka sebagai berbulu kaki hanya symptom kepada perkara berkenaan,’’ katanya.
Sementara itu, dalam ulasan yang dikeluarkan oleh lembaga siasatan mendapati catatan nota anggota polis itu tertera tulisan `semua ini merujuk kepada penunjuk perasaan, beg galas belakang, baju dan semua wanita berbulu kaki’.
Sementara anggota polis terbabit pula memaklumkan, ia merupakan perkara biasa bagi menggambarkan personaliti penunjuk perasaan.
Bagaimanapun pasukan polis Toronto enggan mengulas mengenai saman tersebut kerana ia melibatkan kes perundangan terbuka.
Dalam tunjuk perasaan yang diadakan pada bulan Jun itu, lebih 10,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar dewan ketika sidang kemuncak G20 berlangsung.
Seramai 1,000 orang ditangkap selepas mereka bertindak ganas dan ia merupakan tangkapan terbesar dalam sejarah Kanada.
Keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa dikecam kerana terlalu keras dalam menangani penunjuk perasaan terbabit.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive