Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 31, 2012

Mangsa kemalangan nyaris dibelasah

Anggota polis berpakaian preman (kiri) mengawal remaja yang hampir belasah sekumpulan penduduk kerana dikatakan menjadi punca kemalangan di Teluk Air Tawar
SEBERANG PERAI- Seorang remaja lelaki mengalami musibah berganda kerana selain cedera, dia  hampir menjadi mangsa belasah sekumpulan penduduk selepas dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan dirinya dengan
sebuah kereta di Jalan Teluk Air Tawar di sini petang kelmarin.

Namun, kepantasan pihak polis dari Balai Polis Teluk Air Tawar tiba di lokasi kemalangan, berjaya menghalang kejadian lebih buruk yang bakal menimpa remaja berkenaan.

Kemalangan pada jam 6.45 petang kelmarin itu berlaku apabila remaja berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah Butterworth melanggar belakang sebuah kereta Perodua Viva yang sedang membelok ke kanan berdekatan balai berkenaan.

Ketua Ketenteraman Awam/Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Superitendan, Suhaimi Mohd Noor berkata, rempuhan kuat dari belakang itu menyebabkan pemuda berkenaan terpelanting dan melambung sebelum terjatuh di hadapan kereta yang dipandu seorang wanita bersama ibu dan dua anaknya.  

“Walaupun kereta wanita itu rosak teruk, namun dia dan ahli keluarganya yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikesan kemungkinan mengalami patah paha.

“Kejadian itu dilihat oleh beberapa orang saksi yang menyalahkan remaja berkenaan sebagai penyebab kemalangan itu apabila mendakwa dia menunggang laju dan cuai sebelum mengambil tindakan untuk membelasahnya.

Suhaimi berkata, remaja itu dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas dan akan ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan perlindungan insurans.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive