KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.
|
"Bayi tidak berpakaian itu masih mempunyai tali pusat dan
ditemui dalam keadaan mengiring di tebing longkang itu," katanya ketika ditemui Bernama.
Mohan berkata mayat bayi berkulit cerah itu dipercayai diletakkan di lokasi itu dalam tempoh 24 jam lepas dan bukan akibat dihanyutkan arus sungai berdekatan.
"Kami meminta sesiapa yang tahu atau melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - Bernama
No comments:
Post a Comment