Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 1, 2012

Peniaga buta angkara rusuhan bola dapat ganti rugi RM150,000


SUASANA kejadian rusuhan yang menyaksikan trak polis diterbalikkan sebelum dibakar di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 7 April 2009.

KOTA BHARU - Seorang pemuda yang mata kanannya buta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata sewaktu rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini tiga tahun lalu menang kes tuntutan ganti rugi sebanyak RM150,000 berikutan kecederaan yang
dialaminya.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut membenarkan tuntutan kos oleh Muhammad Huzaifah Mohd. Noor, 21, sebanyak RM20,000.
Kesemua defendan iaitu Pegawai Medan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan M. Sathasivam (defendan pertama); Polis Diraja Malaysia (defendan kedua) dan kerajaan Malaysia (defendan ketiga) yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Rohaiza Zainal diarah membayar ganti rugi tersebut kepada plaintif.
Huzaifah yang diwakili peguam Mohamad Marwalis Mahmud gembira dengan keputusan tersebut.
"Saya gembira dan berpuas hati dengan keputusan tersebut setelah menunggu kes ini dibicarakan dari tahun 2009," katanya yang ditemani ahli keluarga termasuk isterinya, Ibnati Solihatul Nuri Mat Taib, 22.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive