Pengikut Boyzzonne

Monday, July 2, 2012

Bandar China hadkan jualan kereta


GAMBAR fail menunjukkan sejumlah kenderaan bergerak di Beijing.

Pihak perbandaran Guangzhou mengehadkan jualan kereta bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan
pencemaran alam sekitar, lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam.
Menurut agensi berita itu, hanya 120,000 buah kereta baharu dibenarkan didaftarkan dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 10,000 buah kereta sebulan.
Langkah itu akan dikuatkuasakan semalam.
Bandar raya ini adalah yang ketiga selepas Beijing dan Guiyang yang menghadkan jualan kereta sebagai usaha untuk memperbaikan trafik dan kualiti udara.
Pihak pengurusan bandar raya Beijing mengehadkan pemilikan kereta kepada 20,000 buah sebulan pada Januari tahun lalu.
Menurut Xinhua, semasa waktu puncak, kereta di Guangzhou hanya boleh bergerak selaju 20 kilometer sejam. - Reuters

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive