iNILAH lokasi Drahman dilibas buaya ketika dia mencangkung di atas rakit untuk mencuci tangan di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat Betong, Sarawak |
Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di
Sungai Meruang, Batang Saribas.
Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.
Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.
"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.
"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai
No comments:
Post a Comment