BEGINILAH keadaan kereta Proton Iswara yang dipandu Yu Guang selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua buah motosikal di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi |
Seorang pemandu kereta dan dua penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi .
Kejadian pada pukul 5.30 pagi itu berlaku apabila kereta Proton Iswara yang
dipandu Lin Yu Guang, 49, dari pusat bandar ke Kota Tinggi, hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
Kereta tersebut kemudian melanggar motosikal yang ditunggang K. Tangam, 26, dan sebuah lagi motosikal dinaiki G. Vikniswaran, 26, dan adiknya, G. Murugan, 24.
"Yu Guang, Tangam dan Vikniswaran mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat manakala Murugan cedera parah dan dirawat di hospital sama.
No comments:
Post a Comment