Pengikut Boyzzonne

Friday, July 6, 2012

Penjual nasi ayam simbah petrol bakar girlfren didakwa


Seorang penjual nasi ayam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya di sini, bulan lepas.
Cheh Chun Nam, 33, didakwa membunuh
Chan Yee Mun, 23, di sebuah rumah beralamat No. C-2-129, Persiaran Lemak, Jalan Lemak, Taman Segar, Cheras di sini antara 2 pagi dan 3.30 pagi, pada 22 Jun.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Cheh, yang tidak diwakili peguam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin.Tiada pengakuan direkodkan.
Media sebelum ini melaporkan Chan dikatakan disimbah petrol sebelum dibakar, selepas bertengkar dengan seseorang.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit melecur 90 peratus bahagian badan dan dilaporkan dikejarkan ke hospital untuk rawatan oleh jirannya yang terdengar wanita itu menjerit meminta tolong.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive