GELOMBANG panas ekoran perbalahan dalaman bersama Neelofa, membuatkan nama Anzalna semakin ingin dikenali. Semakin panas namanya, semakin banyak tawaran lakonan diterimanya. |
BUNGA yang baru hendak berkembang ke dunia lakonan, Anzalna masih dalam situasi lega kerana perangnya bersama Neelofa belum sampai ke tahap melarat. Dia hanya menunggu tarikh yang
bakal ditentukan pihak Persatuan Seniman untuk satu perjumpaan tertutup bagi menyelesaikan perbalahan itu secara baik.
Sejak pengacara Nona serta pelakon filem Azura, Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, mengemukakan tuntutan notis saman menerusi dua peguamnya kepada Anzalna pada pertengahan Jun lalu, baik atau buruk dua pucuk muda itu cukup panas diperkatakan. Impak yang paling ketara, daripada sekadar pelakon baharu yang tidak menonjol, pemilik nama Nur Anzalna Md. Nasir, 24, semakin diperhatikan.
"Saya lebih selesa menjadi Anzalna yang dahulu, tidak perlu menyusun kata-kata untuk memberi jawapan paling baik kepada wartawan dan jika habis kerja saya bebas buat aktiviti yang saya suka. Bukan tak suka dengan perhatian yang diberikan, tapi bentuk perhatian sebegitu buat saya kurang gembira," katanya mengakui merasa impak diperhatikan kerana hangat dilanda kontroversi.
No comments:
Post a Comment