Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 4, 2012

Rektor Kuin didesak letak jawatan


TUNTUTAN...Sebahagian daripada 200 kakitangan Kuin mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kampus di Alor Setar

Kemelut pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini sejak beberapa bulan lalu memasuki episod baharu apabila kira-kira 200 kakitangannya mengadakan demonstrasi di
kampus itu semalam bagi mendesak Rektor, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman meletak jawatan.
Demonstrasi itu yang dinamakan ‘Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0’ disertai kakitangan pelbagai peringkat serta dianjurkan selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Jamil yang didakwa mengabaikan kebajikan pekerja dan pelajar.
Jika Jamil enggan meletak jawatan, mereka menuntut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil tindakan memecat beliau.
Ada di antara peserta demonstrasi itu memakai baju putih sebagai tanda protes di hadapan pejabat rektor mulai pukul 1.30 petang.
Namun Jamil tiada di pejabat pada waktu itu kerana bercuti.
Demonstrasi itu turut disaksikan ratusan pelajar yang berada di sekitar kawasan kampus tersebut.
Kuin yang ditubuhkan pada tahun 1994 pada ketika ini mempunyai lebih 300 kakitangan dan kira-kira 5,000 pelajar.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive