Pengikut Boyzzonne

Monday, July 2, 2012

Euro 2012 - Sepanyol Juara Euro 2012 -4-0 Juara kali ke 3


PERTEMUAN dua gergasi - Sepanyol  menjuarai Euro 2012 di Stadium Kiev, Ukraine, dengan penyandang juara mendahului lawannya 4-0 - menerusi jaringan yang
berkualiti dan menarik.
Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 dan oleh Jordi Alba pada minit ke-41.
Gol ketiga dijaringkan oleh Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusiJuan Mata.
Sepanyol yang turun mahu mencipta nama sebagai negara yang memenangi tiga gelaran berprestij secara berturut-turut - Euro 2008 dan Piala Dunia 2010, turut mahu mengekalkan Euro 2012.
Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping  memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 1968. 
 
Senario di arena:
 
88: Juan Mata menjaringkan gol keempat Sepanyol
 
84: Gol ketiga dijaringkan oleh Torres.
77: Sepanyol berada dalam kedudukan ofsaid, hampir menjaringkan gol ketiga.
 
75: Francesc Fabregas digantikan oleh Fernando Torres.
 
74: Perlawanan semakin rancak - Itali terus terdesak mencari gol manakala Sepanyol hampiri pertahankan kejuaraan

73: Gawang Itali cemas apabila sepanyol hampir melebarkan jurang mata-berjaya dipatahkan
 
71: Penyokong sepanyol terus bersorok riang
 
70: Tinggal lagi 20 minit perlawanan - kedudukan masih 2-0.
 
69: Sepanyol mengawal bola - cuba mencari peluang melakukan asakan
 
67: Itali semakin terdesak mencari gol - terus melakukan serangan.
 
65: Serangan Sepanyol berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali.
 
64: Handball oleh Mario Balotelli. Gerard Pique sempurnakan 'direct free kick'
62: Itali tidak berputus asa untuk menjaringkan gol. Tendangan cuma Itali gagal disempurnakan.
 
61: Kedudukan gol Sepanyol (2) - Itali (0).
 
58: Rodriguez Pedro menggantikan David Silva (penjaring gol pertama Sepanyol).
 
57: Tendangan percuma kepada Itali berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol.

56: Thiago Motta dibawa masuk menggantikan Ricardo Montolivo

55: Serangan Sepanyol berjaya dihalang pertahanan Itali

54: Penyerang Itali, Mario Balotelli nyata kecewa apabila pengadil menyatakan mereka dalam keadaan ofsaid

53: Sepanyol mula melakukan asakan untuk terus selesa di depan, namun dihalang oleh pemain-pemain Itali
 
51: Itali terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan ke gawang Sepanyol
 
50: Statistik perlawanan: 47 peratus dikuasai Sepanyol, 53 peratus oleh Itali.
 
50: Itali hampir menjaringkan gol pertama namun diselamatkan oleh Iker Casillas

49: Mario Balotelli cuba menyerang tapi dihalang oleh dua pemain Sepanyol

48: Jurulatih Itali, Cesare Prandelli kelihatan gelisah di luar padang
 
47: Sepanyol hampir menyumbat gol ketiga tetapi dapat diselamatkan oleh pemain pertahanan Itali. Tendangan sudut kepada Sepanyol.
 
46: Itali melakukan serangan ke atas Sepanyol-gagal membolosi gawang
 
46: Cassano diganti oleh Di Natale. 
 
45: Perlawanan separuh masa pertama sudah berakhir.
 
44: Andrea Barzagli dilayang kad kuning.

41: Gol kedua Sepanyol menerusi Jordi Alba. Itali terus tersentak dengan dua jaringan Sepanyol. Peminat Itali nyata kecewa apabila pasukannya ketinggalan di belakang. Kedudukan menjadi Sepanyol 2 di depan.

38: Perlawanan terus rancak-sepanyol selesa di depan manakala Itali terus mencari peluang menjaringkan gol

37: serangan Itali berjaya dipatahkan sepanyol-hampa untuk mencari gol penyamaan. Tendangan kencang Mario Balotelli melambung tinggi.
 
35 - Statistik perlawanan: 48% dikuasai Sepanyol, 52% Itali. Ada perubahan berbanding minit ke-30. Kedudukan masih sama 1-0, Sepanyol di depan. Sasaran ke gawang, 6 di pihak Sepanyol dan 5 oleh Itali.
 
30: Statistik perlawanan: 54% dikuasai Sepanyol, 46% Itali. Kedudukan masih sama 1-0, Sepanyol di depan.
 
29: Serangan Itali gagal mencari gol penyamaan apabila di selamatkan penjaga gol Sepanyol.

26: Itali cuba mencari gol penyamaan tapi gagal apabila serangan dipatahkan pertahanan Sepanyol

25: Sepanyol melakukan asakan namun pertahanan rapuh Itali berjaya menyelamatkan daripada dibolosi kali kedua

24: Kedua-dua pasukan terus mengasak kubu masing-masing
 
20: Kedudukan masih kekal 1-0

19: Gawang Itali cemas apabila terus di asak oleh Sepanyol-berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali.

18: Perlawanan semakin rancak dari kedua-dua pasukan

17: Itali menemui rentak-terus melakukan serangan ke atas Sepanyol. Tendangan sudut kepada Itali-berjaya diselamatkan penjaga gol Sepanyol

15: Tendangan percuma dari Itali-gagal membolosi gawang sepanyol kerana tersasar

14: Gol pertama oleh sepanyol oleh David Silva. Kedudukan sepanyol mendahului 1-0

12: Sepanyol mempamerkan aksi cemerlang-terus mendominasi perlawanan dengan asakan ke gawang Itali

11: Kedudukan masih 0-0
 
 
9: Sepanyol melakukan percubaan pertama di dalam kotak penalti tapi gagal menjaringkan gol awal

7: Sepanyol terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertubi-tubi
 
7: Statistik perlawanan: Penguasaan permainan / bola 50:50 setakat ini
 
6: Sepanyol terus mengasak tetapi dikekang pertahanan Itali
 
5: Tendangan percuma kepada Sepanyol
 
3: Sepanyol melakukan serangan balas ke arah gawang Itali - berjaya dipatahkan pertahanan The Azzuri

1: Serangan awal dilakukan Itali ke gawang Sepanyol - tapi tendangan melambung tinggi

00.1: Pperlawanan bermula-sepak mula oleh Sepanyol
 
 

Statistik perlawanan (Separuh masa kedua, minit ke-75):

- Kedudukan gol: Sepanyol (2) - Itali (0)

- Penguasaan bola: Sepanyol (47%) - Itali (53%)

- Sasaran ke gawang: Sepanyol (10) - Itali (11)

- Sepakan penjuru: Sepanyol (1) - Itali (3)

- Kad kuning: Sepanyol (1) - Itali (1)
 
 
 
 
Barisan pemain Sepanyol:
 
1  Iker Casillas
17 Alvaro Arbeloa
15 Sergio Ramos
18 Jordi Alba
8  Xavi Hernandez
16 Sergio Busquets
14 Xabi Alonso
21 David Silva
10 Cesc Febregas
6  Andres Iniesta
 
 
Barisan pemain Itali
 
1  Gianluigi Buffon
6  Federico Balzaretti
15 Andrea Barazagli
19 Leonardo Bonucci
3  Giorgio Chiellini 
8  Claudia Marchisio
18 Ricardo Montolivo
16 Daniele De Rossi
21 Andrea Pirlo
9  Mario Balotelli
10 Antonio Cassano
 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive