Pengikut Boyzzonne

Monday, July 2, 2012

Penduduk Kelantan dapat tiket bas percuma


 Lebih 10,000 penduduk di negeri ini terutamanya golongan ibu tunggal, anak-anak yatim, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) akan menerima tiket bas percuma bernilai
RM50 sebulan bermula semalam.
Kesemua mereka yang dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu akan menerima tiket bas percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti, Cityliner.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan bantuan tiket bas percuma berjumlah RM1.6 juta itu diberikan oleh Kerajaan Pusat.
Menurutnya, bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan RM16 juta yang diberikan kepada Konsortium Transnasional Berhad (KTB) untuk memastikan perkhidmatan bas henti-henti, Cityliner di negeri ini diteruskan.
“Ini merupakan inisiatif Kerajaan Pusat untuk membantu ibu tunggal, anak-anak yatim, warga emas dan OKU mendapatkan perkhidmatan bas secara percuma sepanjang tahun ini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive