Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 3, 2012

Lelaki tua hilang akhirnya dijumpai dalam perigi


AHLI keluarga mangsa menunggu di luar rumah ketika polis menjalankan siasatan mengenai kematian Fook San di Bukit Sebang, Tampin

 Kegagalan seorang lelaki warga emas menjawab panggilan telefon daripada ahli keluarganya sejak Sabtu lalu terungkai apabila dia ditemui mati dibunuh dengan mayatnya dicampak ke dalam
perigi di rumahnya di Bukit Sebang, Tampin dekat sini kelmarin.
Mayat Yau Fook San, 68, yang masih bujang ditemui di dalam perigi sedalam lapan meter oleh ahli keluarganya yang datang ke rumah mangsa pada pukul 4.20 petang untuk mencarinya selepas lelaki itu gagal dikesan.
Ahli keluarga mangsa mengetahui mayat Fook San berada di dalam perigi selepas melihat kesan tompokan darah pada peti sejuk yang terletak berhampiran perigi tersebut.
"Ekoran itu, keluarga mangsa membuat laporan polis dan pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai mayat Fook San yang ditutup dengan enam buah kusyen.
Menurut beliau, disebabkan perigi itu cetek, pihaknya meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat untuk menambah air bagi menaikkan aras air perigi supaya memudahkan pihaknya menaikkan mayat Fook San.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive