Pengikut Boyzzonne

Friday, July 6, 2012

Selepas Bujang Sebelak Tewas - Bujang Saribas mula mengganas


Hasrat seorang lelaki warga emas menjamah nasi berlauk kari ikan kembung yang dibawa tidak kesampaian apabila hilang selepas dibaham
buaya sepanjang lebih empat meter ketika membasuh tangan di Sungai Saribas, di Beladin, pagi semalam.
Kejadian berlaku apabila Derahman Chali, 55, mahu menikmati sarapan pagi bersama rakannya, Mohd Nor Bujang, 51, di tebing sungai berkenaan sebelum disambar Bujang Saribas jam 8 pagi.

Menurut Mohd Nor, sebelum kejadian, dia bersama Derahman baru setengah jam tiba di lokasi kejadian untuk mencari rumbia yang menjadi sumber pendapatan mereka.
“Sebaik tiba, mangsa memberitahu dia mahu sarapan terlebih dulu dan sebelum membuka bekalan makanan masing-masing, dia ke sungai untuk mencuci tangan.

“Saya menghalangnya dan meminta dia menggunakan air dibawa untuk membasuh tangan, tapi dia tetap berdegil untuk turun ke sungai. Hanya beberapa minit, saya terkejut apabila terdengar kocakan air begitu kuat disusuli gelombang.

“Tanpa berlengah, saya turun ke sungai dan hanya sempat melihat tangan mangsa terkapai-kapai selepas dia ditarik buaya berkenaan. Ketika itu, saya berada kurang 10 meter daripada mangsa, namun saya tidak mampu berbuat apa-apa.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive