Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 7, 2012

Myanmar senyum lebar - Malaysia Batal bantahan Isu Lebih Umur


DOKUMEN peribadi Kyaw Zayar Win yang menunjukkan beliau lahir pada tahun 1988.

AKHIRNYA skuad 'muda' bola sepak Myanmar dapat menarik nafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk tidak menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung kontroversi skuad bawah 22 tahun Myanmar yang didakwa menggunakan pemain melebihi had umur.
Penyerang 'muda' Myanmar, Kaung Si Thu yang menjaringkan dua gol ketika menentang skuad negara menimbulkan persoalan apabila dia yang disyaki
berusia 25 tahun bersama dua rakan sepasukan, Kyaw Zayar Win (24) dan Kyi Lin (22) didakwa melebihi usia yang ditetapkan pada kejohanan tersebut.
Meskipun skuad negara telah membuat bantahan selepas tamat perlawanan di Yangon, namun FAM memutuskan untuk tidak meneruskan bantahan rasmi kedua kepada AFC dalam masa 48 jam selepas perlawanan tersebut.
Kini, skuad B-22 Myanmar mara secara automatik ke pusingan akhir Piala AFC 2013 yang dijangka dihoskan oleh Oman atau Thailand.
Mengulas lebih lanjut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengumumkan bahawa FAM tidak akan membuat bantahan rasmi kedua kepada pihak AFC selepas mendapati bukti yang diterima tidak kukuh terhadap tiga pemain yang didakwa melebihi had umur itu.
Azzuddin menjelaskan, bantahan rasmi itu bakal memberikan kesan terhadap imej FAM sekiranya tidak memiliki bukti yang kukuh termasuk bukti daripada media mahupun pihak ketiga.
“Saya mengesahkan bahawa skuad negara telah pun menghantar surat bantahan awal.
“Semalam (kelmarin), AFC telah memaklumkan kepada FAM yang mereka telah menerima surat bantahan dan memberi garis panduan kepada kami tentang apa yang selanjutnya patut dilakukan.
“Pihak FAM telah membuat siasatan secara terperinci dan kami juga telah menerima data-data daripada banyak sumber termasuk AFC.
“FAM juga berhati-hati agar perkara ini tidak memberi implikasi yang tidak baik kepada imej dan hubungan Malaysia dengan negara ASEAN,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar khas di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
Tambahnya, AFC tidak mengambil kira bukti melalui laman web yang tidak diakui oleh mereka kerana laman web boleh diubah atau digodam.
Katanya, maklumat dan data rasmi yang diguna oleh AFC adalah berdasarkan dokumen rasmi seperti pasport pemain yang telah didaftarkan kepada AFC.
“Sukan Asia, Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak jatuh di bawah AFC. Ini bermakna data-data dalam pendaftaran Sukan SEA, Sukan Asia dan AFF adalah di luar rujukan AFC.
“Bukti yang diberi oleh media daripada laman web juga tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti kerana AFC tidak akui bukti seperti itu.
“Kami hanya boleh menggunakan dokumen rasmi yang dihantar oleh kerajaan Myanmar kepada AFC dan tidak menjadi amalan AFC atau FAM untuk mempersoalkan kesahihan dokumen yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Myanmar atau mana-mana kerajaan,” katanya.
FAM juga telah mendedahkan dokumen peribadi pemain-pemain yang didakwa terlebih umur dan menurut Azzuddin, kapten skuad B-22 Myanmar, Kyaw Zayar Win mempunyai nama yang sama dengan pemain yang lebih tua daripadanya.
“Pemain-pemain ini mempunyai nama yang sama tetapi mereka adalah dua orang yang berlainan berdasarkan paras rupa dan dokumen rasmi kerajaan Myanmar.”

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive