Pengikut Boyzzonne

Monday, July 2, 2012

Lelaki mengamuk selepas diusir keluar dari disko


 Seorang lelaki menembak mati dua orang di sebuah kelab malam di sini semalam, kata polis dan beberapa pegawai tempatan.
Menurut seorang pegawai tempatan, lelaki itu melakukan perbuatan tersebut selepas dia diusir keluar dari
disko Theatro.
Namun, katanya, dia kembali semula dan melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata api mirip Kalashikov.
Seorang pelanggan dan pekerja terbunuh manakala lima lagi termasuk seorang bouncer cedera dan dihantar ke hospital.
Polis menyatakan lelaki tersebut yang bertindak bersendirian telah melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta selepas kejadian tersebut.
Lelaki berkenaan kemudian diburu polis.
Seorang wartawan agensi berita AFP menyatakan polis menyekat laluan ke disko itu.
"Kami berada di ruang tarian apabila satu bunyi kuat kedengaran dan berlaku pergelutan. Pada mulanya, saya menganggap ia merupakan bunyi mercun," kata seorang pengunjung kelab tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Jeremy.
Menurutnya, terdapat kira-kira 200 hingga 300 orang di dalam kelab malam itu.
"Saya pergi ke pintu masuk dan melihat apa yang berlaku.
"Saya mendapati terdapat seseorang yang terbaring di lantai dengan berlumuran darah

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive