Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 4, 2012

(Video) Lelaki amuk di kedai telefon


Seorang pelanggan yang berang merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di bandar raya ini ketika bertengkar mengenai bayaran balik kontrak telefon bimbit.
Beberapa pelanggan yang terkejut merakam tindakan
Jason Codner, 42, dari Salford di telefon bimbit mereka ketika dia merosakkan barangan di dinding dan menyembur alat pemadam api dalam kedai T-Mobile di bandar raya ini.

Rakaman itu yang kemudian muncul dalam YouTube, menunjukkan lelaki pertengahan usia merosakkan ruang pameran kedai ketika pekerja kedai tercengang seakan tidak percaya melihat tindakannya itu. Dengan memakai kemeja dan jeans, Codner mengambil semua stok telefon bimbit dari dinding dan menterbalikkan meja.
Keadaan kacau-bilau itu berterusan selama beberapa minit hingga seorang daripada pekerja kedai membuat panggilan daripada telefon bimbitnya dan pengawal keselamatan pusat beli-belah tiba di kedai itu sejurus kemudian.

Seramai lima pegawai polis bertubuh sasa juga muncul beberapa saat kemudian dan Codner sambil tersenyum memberitahu mereka, dia baik-baik saja. Polis kemudian menahan dan membawanya keluar selepas memberitahu orang ramai supaya meneruskan aktiviti mereka.

Seorang pengguna YouTube berjenaka: “Saya harap dia tidak meremukkan telefon bimbitnya untuk panggilan penting terakhir itu!” Seorang lagi menulis: “Saya rasa dia bertelingkah mengenai elaun panggilannya. Dia menangani T-Mobile dengan gaya Manchester.” Jurucakap T-Mobile yang mempunyai slogan “Hidup Untuk Berkongsi” berkata, syarikat itu sedar dengan rakaman video berkenaan dan sedang menyiasat insiden itu.


Nak tengok Video tekan readmore


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive