Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 5, 2012

Bot Paancung Eksiden - Nelayan cerita pengalaman


ABD. MALEK (berdiri) dan Mohamad Nazri menunjukkan kerosakan pada bot mereka selepas dilanggar bot pancung di perairan Pengerang, Kota Tinggi 

Pada masa itu, saya hanya fikir pasal mati sahaja, bot pancung yang besarnya empat kali ganda daripada bot saya tiba-tiba seperti terbang lalu merempuh bot dan kipas enjin yang berputar laju pada bot itu hanya seinci daripada
kepala saya.”
Demikian detik-detik cemas yang dialami nelayan bot dalam, Abd. Malek Abd. Rahim, 50, yang hampir kehilangan nyawa apabila sebuah bot pancung haram dari arah Tanjung Balau, kira-kira 12 batu nautika timur laut Tanjung Penyusop, Pengerang di sini melanggar botnya ketika dia sedang memukat ikan .
Mengimbau semula kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, Abd. Malek memberitahu, seperti kelaziman, dia bersama adik iparnya, Mohamad Nazri Rahim, 23, keluar menangkap ikan pada pukul 1.30 pagi.
Mereka begitu teruja apabila berjaya menangkap lebih daripada 100 kilogram ikan seperti talang, kurau dan tenggiri dan berhasrat untuk berada lebih lama di laut.
Bagaimanapun, akibat keletihan, Mohamad Nazri tertidur sementara dia terus memukat.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive