Pengikut Boyzzonne

Monday, July 2, 2012

Bujang sebelak vs Pawang buaya - Bujang Sebelak hampir ditangkap


PASUKAN petugas Sarawak Foresty Corporation melakukan rondaan ketika operasi memburu Bujang Sebelak di Sungai Sebelak, Saratok 

 Seekor buaya berwarna hitam dipercayai Bujang Sebelak yang dianggarkan sepanjang 4.2 meter dan selebar lebih 0.7 meter hampir berjaya ditangkap oleh pawang tersohor dari Betong, Indet Sanabong di
Sungai Sebelak di sini semalam.
Bagaimanapun, Indet, 49, gagal menangkap buaya hitam yang telah memakan umpan yang dipasangnya ekoran tali pancing umpan itu terputus ketika menarik reptilia ganas tersebut pada pukul 8 malam.
Terdahulu, Indet terpaksa bertarung selama sejam untuk menarik buaya hitam tersebut selepas haiwan itu tersangkut pada kayu dalam dasar sungai lalu menyebabkan tali pancing terputus.
"Saya cuba menarik buaya hitam itu dari dalam air selama sejam dengan bantuan seorang penduduk kampung. Selepas beberapa ketika, kelibat buaya itu berjaya dilihat dan ia sangat besar dan berwarna hitam.
"Ada penduduk memberitahu bahawa buaya itu yang menyerang isteri kepada ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, sebelum ini

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive