Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 7, 2012

Skodeng Jiran Sebelah mandi - Jatuh dari tingkat 10


Seorang lelaki berusia 44 tahun menerima padah apabila terjatu dari tingkat 10 balkoni rumahnya ketika  sedang skodeng dan merakam video jiran sebelah yang sedang mandi.

Bangunan 29 tingkat yang  dihuninya direka dengan bilik air sebelah menyebelah.Ini memudahkan lelaki tersebut memanjat dan mengintai  jirannya.

Mangsa Seorang jurujual wanita berusia 28 tahun sedang mandi apabila menyedari ada tangan ganjil sedang memegang telefon bimbit diluar tingkap bilik airnya. Mangsa menjerit ketakutan dan melihat kelibat lelaki tersebut memanjat ke  bilik sebelah.

Suami mangsa dan penduduk yang lain meyekat pintu rumah lelaki tersebut..Lelaki tersebut yang menyedari jalan keluar hanya melalui tingkap bertindak memanjat keluar untuk melarikan diri..Namun dek kerana kegelapan,lelaki tersebut tergelincir lalu terjatuh dari tingkap terbabit.

Lelaki tersebut terjatuh kebawah bernasib baik apabila melanggar rimbunan dahan pokok sebelum jatuh ke tanah . Dia dijumpai masih lagi hidup tetapi dengan kecederaan parah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive