Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 4, 2012

Warga pakistan lega bebas tuduhan rogol isteri


hiasan

Saya lega sebaik dibebaskan mahkamah dan kini ingin bertemu tiga anak berusia 11, enam dan empat tahun kerana terlalu rindukan mereka,” kata warga Pakistan, Rahil Adnan Muhammad Hanif, 33, sebaik dibebaskan daripada pertuduhan
merogol isterinya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Rahil Adnan yang kini mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia (PR) dituduh merogol isterinya, Azlaili Abd Aziz, 32, di rumah mereka di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang pada jam 2 pagi, 25 April tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Rahil Adnan merogol isterinya pada tarikh dan lokasi itu selepas mereka bercerai buat kali kedua pada 13 April tahun sama.
Rahil Adnan berkata, mereka bercerai pada tarikh itu di Mahkamah Syariah Johor sebelum merujuk semula pada 18 April tahun lalu.

“Saya mendaftarkan rujuk kami di Jabatan Agama Johor (JAJ) tiga hari kemudian (23 April tahun lalu) tanpa kehadiran isteri kerana sibuk pelbagai urusan menyebabkan surat pengesahan tidak dapat dikeluarkan.

“Pada 25 April tahun sama, saya ditahan polis kerana isteri membuat laporan mendakwa saya merogolnya di rumah, sedangkan kami sudah merujuk semula pernikahan kami,” katanya ketika ditemui selepas dibebas dan dilepaskan Mahkamah Sesyen di sini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive