Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 4, 2012

Pemaju kedekut kantoi - Pemaju curi air RM382,000


KAKITANGAN Syabas memeriksa sambungan paip secara haram di tapak sebuah projek perumahan di Puchong

Sebuah syarikat pemaju perumahan bertindak licik menggunakan air curi menerusi penyambungan paip haram untuk
tapak pembinaan 360 unit rumah pangsa lima blok di Bandar Lestari Puchong di sini sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, helah pemaju perumahan itu terbongkar ekoran siasatan dan pemeriksaan pihak Syabas di situ sejak dua minggu lalu.
Menurut beliau, pemeriksaan mendapati pemaju terbabit menggunakan lebih tiga punca air haram yang disambung daripada paip besar Syabas dalam tanah.
"Mereka menggunakan beratus meter paip PVC berwarna hitam berukuran 32 milimeter untuk menyalurkan air dengan menebuk paip utama Syabas bukan sahaja untuk tujuan pembinaan tetapi kegunaan puluhan buah rumah kongsi pekerja asing di situ.
"Hasil siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai rekod pendaftaran akaun bekalan air yang sah dengan Syabas.
"Penyambungan paip haram dan kecurian air Syabas itu menyebabkan kerugian lebih RM382,000

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive