Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 1, 2012

PM dijemput hadiri gegaran Euro 2012 bersama rakyat 1Malaysia di I-City

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijemput menghadiri 'pesta menyaksikan siaran langsung' perlawanan akhir Euro 2012 yang dikenali sebagai 'Gegaran Euro 2012
Bersama Rakyat 1Malaysia' di I-City, Shah Alam pada Isnin pagi.

Pengerusi Eksekutif I-Berhad Tan Sri Lim Kim Hong berkata Najib, seorang peminat sukan bola sepak, dijangka tiba pada 1.30 pagi sebelum perlawanan antara pasukan Itali dan Sepanyol bermula pukul 2.45 pagi.

Lim berkata satu skrin gergasi LED berukuran 40 kaki (12.2 meter) kali 16 kaki (4.88 meter), dikatakan sebagai terbesar di Malaysia, didirikan khusus untuk pesta itu di I-City, sebuah taman tema dan teknologi yang dibangunkan syarikat tersebut.

Beliau berkata pesta itu akan bermula pada Ahad petang dengan konsert mini dan aktiviti lain.- Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive