Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 5, 2012

Batu nisan kubur mangsa dicekik, dirogol dan diliwat serta 99 yang lain dicabut


PENDUDUK kampung melihat longgokan batu nisan yang dicabut dan ditinggalkan di Tanah Perkuburan Tok Kembung, Kangar 

Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum
dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.
Antara yang terlibat ialah kubur seorang jurutera komputer, Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar, 24, mangsa dicekik, dirogol dan diliwat dalam sebuah bas di Klang pada akhir tahun 2000 apabila batu nisannya turut dicabut.
Seorang penduduk, Shuib Abd. Rahman, 62, sedih melihat longgokan batu nisan di situ yang dicabut tanpa diletakkan tanda manakala pokok yang ditebang terbiar begitu sahaja.
"Tergamak mereka buat begini pada tanah perkuburan.
"Masalah timbul jika ada waris tidak pasti kedudukan sebenar kubur ahli keluarga mereka selepas batu nisannya dicabut," katanya.
Menurut Shuib, kubur ibu bapanya turut menjadi mangsa kerakusan para pekerja syarikat kontraktor itu apabila batu nisannya telah tiada manakala kawasan kuburnya pula ditimpa pokok besar yang tidak dialihkan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive