Pengikut Boyzzonne

Monday, July 2, 2012

Banglo bekas Ketua Menteri Melaka Dipecah masuk perompak


Sebuah banglo milik bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terletak di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah.
Dalam kejadian itu, suspek dipercayai lebih daripada dua orang melarikan sepucuk pistol jenis Barretta bersama
peluru, barang kemas, komputer riba dan wang tunai.
Ketika kejadian, tiada individu di dalam banglo dua tingkat itu. Kejadian disedari oleh anak lelaki Abdul Rahim yang baru sampai ke rumah pada pukul 9 malam dan terkejut mendapati bilik tidur bapanya di tingkat atas terang.
Anak Abdul Rahim yang curiga melihat bilik itu terang terus meninggalkan rumah tersebut dan melaporkan kejadian di balai polis.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kumpulan penjenayah itu masuk ke dalam rumah Pengerusi Risda itu dengan memanjat pagar belakang dan memotong jeriji tingkap dapur.
"Suspek-suspek kemudian naik ke tingkat atas dan mengumpil pintu bilik utama dan sebuah bilik lain sebelum melarikan pelbagai jenis barangan berharga,

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive