Pengikut Boyzzonne

Monday, July 2, 2012

Fenomena cuaca panas terik - jadi punca ganguan bekalana air


Musim Monsun Barat Daya yang kini melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia bermula awal bulan ini dipercayai penyumbang kepada masalah gangguan bekalan air yang
dialami lebih 200,000 pengguna di 138 kawasan di ibu negara dan Selangor sejak 21 Jun lalu.
Musim yang kebiasaannya berlarutan hingga bulan September itu menimbulkan fenomena cuaca kering dan panas sehingga mendorong peningkatan kadar penggunaan air.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, cuaca panas menyebabkan jumlah permintaan air bersih semasa mencapai kadar pengeluaran maksimum di kesemua 34 Loji Rawatan Air (LRA) iaitu 4,371 juta liter sehari (JLH).
“LRA tidak dapat menampung permintaan air semasa yang meningkat dan situasi ini dijangka tamat apabila musim panas berlalu. 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive