Pengikut Boyzzonne

Friday, July 6, 2012

Chong Wei terima pangkat Leftenan Komander Kehormat

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) oleh
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
   
Chong Wei berkata anugerah pangkat yang berkuatkuasa 1 Mei lepas itu boleh memberi dorongan kepadanya dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik London 2012 hujung bulan ini.
   
"Anugerah ini menyuntik semangat saya untuk bermain dengan baik tambahan pula saya baru pulih daripada kecederaan kaki pada kejohanan Piala Thomas yang lalu," katanya kepada pemberita pada majlis yang berlangsung di Wisma Pertahanan di sini.
   
Chong Wei, yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan, berkata penyertaannya pada Olimpik kali ini adalah yang terakhir, dan segala perancangan perkahwinan hanya akan diumumkan selepas temasya sukan itu.
   
"Sekarang saya hanya fokus kepada latihan untuk memberi persembahan terbaik dan memperoleh pingat untuk negara.

   
"

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive