Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 7, 2012

Budak 4 tahun - Jari tersepit di eskalator pasar raya


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Mohd Nasrullah Mohd Adham hanya mampu menahan kesakitan selepas jari telunjuknya tersepit pada eskalator sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan kejadian memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli-belah berkenaan sebelum
eskalator berkenaan dihentikan.

Ibu mangsa, Lailatul Kartini Hashim, 32, berkata, dia ke pusat beli-belah itu untuk membeli barangan keperluan rumah.
“Kami singgah di sebuah kedai untuk melihat baju, bagaimanapun Nasrullah tiba-tiba hilang daripada pandangan menyebabkan saya panik.

“Selepas mencari, saya terkejut mendapati Nasrullah terduduk di sebelah eskalator dengan sebahagian tangannya tersepit, saya bimbang keseluruhan tangan anak termasuk ke dalam eskalator itu.

Bagaimanapun, menurut Kartini, pengurusan pusat beli-belah berkenaan bertindak pantas dengan menghentikan eskalator itu.
Katanya, tangan Nasrullah berjaya dikeluarkan orang ramai sejurus eskalator berkenaan dihentikan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Saya bersyukur kerana Nasrullah hanya cedera ringan pada jari telunjuk,” katanya.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive