Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 1, 2012

Kemalangan teksi dengan Lori simen di langkawi - 3 warga keturunan arab maut

Empat orang, termasuk tiga warga asing berketurunan Arab, maut dalam kemalangan membabitkan sebuah teksi dengan lori simen di
Jalan Ayer Hangat.

Mereka yang maut ialah pemandu teksi Zubir Ibrahim, 42, dari Kampung Bohor Merah, Mukim Ayer Hangat serta tiga beradik penumpang teksi berkenaan iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.

Berdasarkan dokumen pengenalan, warga asing itu ialah Miriam Mohamed Maisara Hameed, 26, dan Alaa Mohamed Maisara Abdul Hameed, 16, kedua-dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang serta Mohammad Maysra Abdul Hameed, 18.

Kejadian dipercayai berlaku apabila teksi tersebut cuba memotong di laluan berkembar di kawasan berhampiran tempat membakar sampah Belanga Pecah, Kuah sebelum bertembung lori simen.

"Akibat pelanggaran itu, separuh daripada teksi Cherry Alado itu terperosok di bawa lori. Keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.
   

sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive