Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 1, 2012

Lonsome George Haiwan ajaib Galapagos - Kesepian hingga hujung hayat


George yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun ditemui mati Ahad minggu lalu.

HARAPAN para saintis untuk melihat Lonesome George - seekor kura-kura gergasi Galapagos, meninggalkan baka berakhir apabila haiwan itu ditemui mati di Puerto Ayora, Pulau Santa Cruz, Ecuador pada 24 Jun lalu.

"Pada waktu pagi semasa seorang renjer sedang meronda, dia menemui George
mati di pusat pembiakan kura-kura gergasi.
"Kehidupan kura-kura ini telah berakhir, namun kami merancang untuk mengawet bangkainya bagi dijadikan tatapan pelancong pada masa hadapan," kata ketua taman itu, Edwin Naula.
Bangkai haiwan bertaraf selebriti itu ditempatkan di dalam sebuah kebuk sejuk bagi mengelakkannya daripada mereput. Saintis berkata, kematian George akan melenyapkan spesies itu.
George mempunyai kisah hidup yang tersendiri. Ia ditemui pada tahun 1972 di Pulau Pinta, salah sebuah pulau di Kepulauan Galapagos.
Sama seperti namanya Lonesome George, haiwan itu hidup bersendirian dan kesepian sepanjang hayatnya.
George tidak mempunyai anak. Walaupun ia cuba dibiakkan bersama dua kura-kura betina berlainan spesies, hasilnya mengecewakan.
Diburu
Pada tahun 2009, pegawai Ecuador mengumumkan seekor daripada dua kura-kura betina yang tinggal bersama George telah menghasilkan sebanyak lima biji telur. Malangnya kesemua telur itu gagal menetas.
George hidup bersama dengan kura-kura betina daripada jenis Geochlone becki itu sejak tahun 1993.
Populariti George bukan calang-calang bahkan berjaya menarik perhatian ikon terkenal Angelina Jolie dan Brad Pitt untuk melawat taman negara itu.


TAMAN Negara Galapagos pernah dikunjungi pasangan selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt (dua dan tiga dari kanan).


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive