MELAKA: “Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya,” kata R Sivakumar, 32.
Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan
10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam.
Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.
Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.
Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.
No comments:
Post a Comment