Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 25, 2012

Resipi istimewa Pak Ku

Pelbagai jenis lauk pauk disediakan sebagai pilihan kepada pelanggan selain ayam kampung.
MACHANG -  Hidangan ayam kampung resipi turun temurun sejak lebih 20 tahun lalu, menjadi tarikan utama pelanggan ke Kedai Pak Ku, di Simpang Tiga Kweng Hitam di sini.

Kedai yang diwarisi daripada keluarga itu diusahakan Tengku Rohani Ku Jusoh dan Engku Yunus Tuah Derahman sejak lapan tahun lalu.


Malah Sinar Harian difahamkan, kedai tersebut merupakan yang pertama di Bandar Machang menawarkan hidangan ayam kampung.

Engku Yunus berkata, s kedai yang dinamakan Yuni Enterprise itu merupakan perniagaan warisan keluarga mertuanya dengan mengekalkan hidangan istimewa mereka iaitu ayam kampung.

“Ayam kampung mempunyai penggemarnya yang tersendiri terutamanya di kalangan golongan dewasa,” katanya.

Lebih mesra disapa Pak Ku, Engku Yunus berkata, semua jenis hidangan tersebut dimasak sendiri oleh isterinya dengan dibantu anak-anak bagi memastikan kualitinya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive