Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 25, 2012

CCTV Rakam Superhuman & Teleportasi Di China!


CCTV di sebuah lokasi di China membuktikan bahawa superhuman dan teleportasi benar-benar berlaku di China. Kejadian ini dirakam pada 5 September 2012 pada jam 3.33 pagi.
Pada pagi yang lengang tersebut, seorang lelaki membawa beca perlahan-lahan melintasi lampu isyarat tanpa menyedari bahawa sebuah van meluru pantas ke arahnya.
Namun begitu, tidak semena-mena datang
sekujur lembaga yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar menyelamatkan nyawa beliau yang mana pada ketika itu, jarak lelaki membawa beca tersebut dengan van yang meluru padanya hanya berselang beberapa detik.
Lelaki membawa beca tersebut tiba-tiba muncul di persimpangan  lampu isyarat bertentangan bersama-sama lembaga yang langsung tidak dapat dikenal pasti.
Lelaki tersebut kelihatan cukup trauma manakala pemandu van kelihatan terpinga-pinga.
Kemampuan lembaga tersebut mirip kepada kemampuan hero filem terbitan Hollywood, Jumper(2008). Dalam filem tersebut, hero tersebut dilakonkan oleh Hayden Christensen mampu untuk melakukan teleportasi mengikut kemahuan dirinya.
Walaubagaimanapun, sejauh mana kesahihan rakaman CCTV ini masih belum dapat dipastikan. Jika benar ia berlaku dan dirakam oleh CCTV, dunia perlu sedar bahawa terdapat manusia yang mampu mengatasi hukum alamiah atas kehendak Ilahi. WaAllahualam.
Saksikan rakaman tersebut.
Sumber: Takusahrisau.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive