Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 25, 2012

Projek terbengkalai jadi 'port' maksiat

Kawasan tapak projek terbengkalai di PJS 4.
PETALING JAYA – Projek pembinaan rumah kedai terbengkalai di PJS 4 berhampiran Flat Sri Manja dekat sini bukan sahaja menjadi ‘port’ penagih melepas gian malah didakwa menjadi tumpuan pasangan kekasih bermadu asmara.

Penduduk, Razali Kamil, 39, berkata, kawasan rumah kedai terbengkalai itu terbiar dan tidak
dipagarkan menyebabkan ia mudah dicerobohi sesiapa sahaja.

“Saya pernah terserempak dengan pasangan remaja keluar dari salah sebuah rumah kedai ini pada waktu malam malah ada tanpa segan silu bercumbuan di kawasan berhampiran blok bangunan itu,” katanya.  

Mohd Osman Ali, 35, pula berkata, kawasan itu juga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Katanya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pemaju terlibat supaya tidak membiarkan sahaja projek itu tanpa sebarang pemantauan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive