Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 25, 2012

Enam perompak tak sempat joli RM571,000


IPOH: Enam perompak yang terbabit dalam kes rompakan van keselamatan di Taiping, Selasa lalu, tidak sempat ‘berjoli katak’ dengan wang rompakan sebanyak RM571,000 apabila diberkas polis dalam dua operasi berasingan.

Suspek sebelum ini melarikan wang tunai berjumlah
RM1.23 juta, namun polis berjaya memperoleh semula sebahagian daripada wang itu yang disorok di dua rumah di Georgetown, Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 2.30 petang Sabtu lalu, polis menahan empat suspek berusia 24 hingga 40 tahun di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis turut merampas dua kereta model Honda City dan Proton Waja dipercayai digunakan suspek dalam rompakan itu.

Menurutnya, polis kemudian melakukan serbuan kedua di Georgetown dan Kulim, jam 4 pagi kelmarin dan memberkas dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 47 tahun selain turut merampas sebahagian wang disembunyikan di dua rumah suspek.

“Semua suspek ditahan itu kini direman sehingga 28 September depan bagi membantu siasatan polis.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive