SHAHRIZAT (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada Azean di Bandar Utama, Petaling Jaya |
PETALING JAYA – Dramatis terkenal tanah air, Azean Irdawaty, 62, menyatakan hasrat untuk mengundi meskipun dia kini sedang terlantar sakit akibat penyakit kanser payu dara yang dihidapinya sejak enam tahun lalu.
Azean yang lebih
mesra disapa Kak Yan berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara pada pilihan raya umum akan datang.
“Walaupun tidak sihat, Kak Yan tidak mahu ketinggalan untuk mengundi kerana bagi Kak Yan, kita kena laksanakan tanggungjawab bagi memastikan masa depan negara terjamin.
“Buat masa ini, pergerakan Kak Yan agak terbatas tetapi itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment