Pengikut Boyzzonne

Tuesday, October 16, 2012

Meraung di sisi mayat anak



RAWANG: Menyayat hati apabila seorang bapa berusaha mengeluarkan mayat anaknya berusia 23 tahun yang tersepit di tempat duduk lori meskipun lelaki berkenaan sudah tidak bernyawa dalam kemalangan di Kilometer 441.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran susur keluar ke Rawang di sini, semalam.

Kejadian jam 6 pagi itu dikatakan berlaku apabila lori dipandu bapa mangsa berusia 50-an, bersama seorang saudara mereka, merempuh belakang sebuah treler yang bergerak perlahan di lorong paling kiri lebuh raya. 

Akibat rempuhan itu, S Sadis Gedan, 23, yang duduk di sebelah bapanya maut di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk manakala bapa dan sepupunya hanya cedera ringan.

Saksi kejadian dikenali sebagai R Parameswaran, 27, berkata, ketika sampai di tempat kejadian dia melihat bapa mangsa sedang meraung sambil cuba mengeluarkan anaknya yang tersepit.


“Saya yakin mangsa sudah tidak bernyawa kerana tiada sebarang tindak balas diberikan walaupun namanya dipanggil berulang kali.


kredit gambar ondscene

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive