GOLONGAN wanita dan kanak-kanak bakal berdepan kesukaran sekiranya masalah bekalan air di Selangor gagal diatasi. - Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) kesal dengan sikap kerajaan Selangor kerana masih tidak mengambil langkah segera menangani masalah bekalan air di negeri itu yang bakal menyusahkan rakyat terutama wanita dan kanak-kanak.
Pengerusi SW1M, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berkata, apabila
bekalan air terputus, golongan wanita terutama suri rumah yang menerima beban kerana mereka terpaksa berulang-alik mengangkut air dari lori tangki ke rumah dengan dibantu anak-anak.
"Bayangkan kesusahan yang ditanggung oleh mereka yang tinggal di flat atau pangsapuri untuk berulang-alik mengangkut air," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, kerajaan Selangor sepatutnya memandang serius masalah itu kerana kaum wanita, terutama suri rumah, memerlukan air untuk aktiviti harian seperti membasuh serta memasak dan hak mereka untuk mendapat kemudahan asas itu tidak harus dinafikan.
No comments:
Post a Comment