Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 17, 2012

Virus Superbug mampu membunuh

TIONG LAI menyampaikan poster kepada wakil-wakil Jabatan Kesihatan Negeri sempena kempen pengawalan AMR di Putrajaya 

PUTRAJAYA - Rakyat diberi amaran mengenai ancaman bakteria Superbug yang boleh membawa maut jika mereka mengambil ubat antibiotik dengan cara yang tidak betul.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengambilan ubat antibiotik secara tidak betul bakal
meningkatkan kes Antimicrobial Resistance (AMR) atau kebal terhadap ubat antibiotik dan ia sekali gus membentuk bakteria Superbug dalam tubuh pesakit.
Beliau berkata, pihaknya bimbang dengan ancaman Superbug yang boleh menyerang bila-bila masa berikutan peningkatan penggunaan antibiotik dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.
"Terdapat rakyat negara ini mengambil antibiotik secara salah seperti menggunakan bahan itu tanpa mendapat rujukan doktor atau tidak menghabiskan antibiotik yang dibekalkan mengikut masa ditetapkan.
"Oleh itu amat penting untuk orang ramai menyedari kepentingan mengawal pengambilan antibiotik kerana pengambilannya secara tidak tepat boleh menyebabkan kes AMR meningkat dan mewujudkan bakteria Superbug," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Kempen Pengawalan AMR Peringkat Kebangsaan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive