Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 17, 2012

Pemuda Siam cedera ditembak di stesen minyak

KERETA Proton Waja dinaiki suspek ditahan selepas dikejar di Jalan Yaakobiah, Kota Bharu kelmarin

KOTA BHARU - Seorang pemuda Siam cedera selepas terkena tiga das tembakan ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.35 malam, mangsa Samnuan Sunnuan, 21, cedera di bahagian kanan kepala dan
lengan kanan. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Mangsa kini berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian, Samnuan yang mengisi minyak kereta Perodua Myvi miliknya tiba-tiba dihampiri sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki.
"Salah seorang lelaki dari kereta Proton Waja turun dari kenderaannya lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive