Pihak pengurusan Zoo Prague menyatakan, seekor gorila jantan mati selepas tergantung secara tidak sengaja.
Menurutnya, gorila jantan berusia lima tahun bernama Tatu ditemui
tergantung dengan tali melilit leher haiwan itu pagi kelmarin di kurungan zoo berkenaan.
Jurucakap Zoo Prague, Michal Stastny berkata, usaha menyelamatkan Tatu gagal. Menurutnya, tiada kamera video dipasang di kurungan itu tetapi Tatu ditemui tergantung selepas bermain struktur bertali di tempat tersebut.
Pengarahnya, Miroslav Bobek kelmarin memberitahu bahawa kematian Tatu adalah yang paling tragis selepas bencana banjir membunuh lebih 100 haiwan di zoo berkenaan pada 5 Mei 2007.
No comments:
Post a Comment